Monday, June 6, 2022

Sofbol

  SEJARAH PERKEMBANGAN SOFBOL

Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini berkembang dari Amerika ke Kanada dan seterusnya ke seluruh dunia. Kemudian, terbentuknya pertubuhan sofbol seluruh dunia dan lahirlah peraturan-peraturan permainan.

  • Pertandingan Sofbol mula dipertandingkan pada peringkat dunia pada tahun 1993 yang diwujudkan oleh Pertubuhan Internasional Sofbol.

  • Peraturan permainan digubal oleh Lewis Robert pada tahun 1906 dan pada 1916 diperbaiki oleh Matthew.

  • Pada tahun 1930, terdapat perubahan permainan dari indoor ke outdoor oleh H. Ficher dan M.J Ponley.


SEJARAH PERKEMBANGAN SOFBOL DI MALAYSIA

  • Pada tahun 1968, permainan softball diperkenalkan di Asia, khususnya pada kejuaraan pertandingan di Manila.

  • Permainan ini telah diperkenalkan oleh warga Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak.

  • Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, perkembangan permainan sofbol telah tergendala.

  • Pada tahun 1960, Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu bagi menghidupkan semula permainan ini.

  • Pada akhir tahun 60-an permainan ini dipopularkan lagi di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

  • Pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M).

  • Dato Sri Hj Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak) ketika itu diberi mandat untuk menjadi pengerusi S.A.M telah didaftarkan pada 16 Mac 1973.

  • Ogos 1974, Kejohanan Sofbol Kebangsaan pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Hasilnya, menjadikan beberapa buah negeri dan pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.

  • Sejarah di Malaysia Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga.

  • Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina.

  • Sejarah di Malaysia Pada tahun yang sama, kategori wanita juga dipertandingkan untuk pertama kalinya. 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA. Malaysia mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga.

  • Sejarah di Malaysia 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.

  • Di peringkat sekolah, MSSM memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia.

  • 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor.

  • Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang.

  • Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor.

  • Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah diperkenalkan dalam kalendar MSSM di Perak pada tahun 2004.

  • Dalam kejohanan MSSM yang diadakan di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah pula diperkenalkan.

  • Permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga kini.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

  • Gelanggang Permainan

Saiz gelanggang bagi pemain berbeza mengikut umur pemain. Namun begitu penentuan pemenang dan perjalanan permainan masih lagi yang sama. Saiz gelanggang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih kecil berbanding dengan saiz gelanggang bagi pemain bawah 18 tahun. 

  • Bilangan Pemain

Satu pasukan mengandungi 15 orang pemain. Semasa permainan, 9 orang pemain akan berada di luar gelanggang sebagai pasukan yang akan memukul / menyerang dan 9 orang pemain akan berada di dalam gelanggang sebagai pasukan yang akan memadang iaitu pasukan yang akan cuba menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata

  • Tempoh Permainan

Bagi kumpulan umur bawah 18 tahun ( lelaki dan perempuan ) masa permainan ialah selama 1 jam 20 minit ataupun 7 Inning, bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan masa permainan ialah selama 1 jam (mengikut peraturan MSSM). Pasukan akan bertukar gelanggang selepas pasukan pemadang berjaya menghalang dan “mematikan” pasukan pemukul / penyerang seramai 3 orang

  • Cara Permainan

a. Pasukan Pemadang 

Pemain pemadang akan menangkap bola yang telah dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pelari tersebut dengan 3 kaedah iaitu dengan menyentuh pelari bersama bola, memijak bes-bes yang terdapat di dalam gelanggang tersebut (bergantung pada situasi semasa) ataupun menangkap bola yang dipukul sebelum bola tersebut mencecah ke tanah ataupun menyentuh sesuatu alatan permainan. Picer untuk pasukan pemadang dapat mematikan permainan pemukul dengan mendapatkan 3 strike. 

b. Pasukan Pemukul / Menyerang 

Pemukul akan memukul bola yang dipic oleh picer pemadang dan akan berlari mengelilingi gelanggang sambil memijak bes 1, bes 2, bes 3 dan “home plate” bagi mendapatkan 1 mata untuk pasukannya. Pemukul yang tidak berjaya memijak bes-bes tersebut sekali gus dibenarkan berhenti di bes-bes yang terdekat sambil menunggu pemukul yang seterusnya memukul dan akan berlari mengelilingi bes-bes yang belum diselesaikannya.

  • Pertukaran Pemain

Pemain simpanan seramai 6 orang boleh dimasukkan kesemuanya semasa pertandingan dijalankan.

  • Pengadil

Bola yang dipic oleh picer mestilah dilaksanakan selepas dibenarkan oleh pengadil plate. Pengadil berhak menentukan samada bola yang dipic itu adalah bola strike ataupun ball.

  • Pakaian 

  1. Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut. 

  2. Nombor-nombor pada jersinya hendaklah sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan mengikut undang-undang tiap-tiap permainan. 

  3. Pemakaian kasut/boot hendaklah yang bersesuaian mengikut peraturan permainan tertentu dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan. 

  4. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mulamula tercatat dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi MSSD oleh Jawatankuasa Tekniknya, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada ketetapan lain mengenainya. 

  5. Semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain mestilah memakai pakaian seragam pasukan. 

  6. Nombor peserta mestilah disemat di belakang pakaian seragam pemain. Dua pasukan yg bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang sama warna. 

  7. Penghadang kerongkong mesti dipakai. Topi keledar mesti dipakai oleh pemain pemukul.


ANATOMI PERALATAN DAN PAKAIAN

  • Pakaian 

Pemain

 

Catcher 

  • eralatan


  1. Bola


Adalah bola yang berbentuk betul-betul bulat, berkelim licin, mempunyai jahitan tersembunyi atau mempunyai permukaan yang rata. Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat panjang mutu No.1 atau campuran gabus dan getah, satu campuran polisterin, atau segala bahan yang disahkan oleh ISF Equipment Standards Commission.

  1. Kayu pemukul


Hendaklah diperbuat daripada logam, plastik, buluh, grafit, karbon, magnesium, fiberglass atau sebarang kombinasi bahan-bahan yang disahkan oleh ISF Equipment Standards Commission

  1. Glof


Glove yang dipakai oleh semua pemain boleh jenis beraneka warna, asalkan warnanya (termasuk rendanya) tidak sama warna dengan bola.

  1. Mitt 


Penjaga Bes Pertama & Kecer sahaja boleh memakai mitt.

  1. Topi pemukul 


Topi Pemukul adalah diwajibkan bagi pemukul, pemukul-menunggu, pemukul-pelari dan pelari.




  1. Penghadang Muka 


Mana-mana pemain pasukan bertahan atau menyerang dibenarkan memakai topeng / pelindung plastik. Topeng/pelindung yang retak atau telah tukar bentuk atau pelapiknya telah haus ataupun sudah tidak ada lagi, tidak boleh digunakan dan hendaklah dikeluarkan. 

  1. Pelindung Dada


Di dalam pic-pantas, semua Kecer (dewasa atau belia) wajib memakai pelindung badan. Di dalam pic perlahan, Kecer perempuan dibenarkan memakai pelindung badan.

  1. Pelindung Kaki


Kecer peringkat dewasa dan belia diwajibkan memakai pelindung kaki yang memberi perlindungan kepada lutut.

  1. Tapak Pelari (Bes)


Semua bes, selain daripada Plet Rumah hendaklah bersegiempat sama berukuran 38.1 cm (15 inci) dan diperbuat daripada kain kanvas atau bahan-bahan lain yang sesuai, dan tebalnya tidak boleh melebihi 12.7 cm (5 inci).

  1. Tapak rumah (Home Plate)


Hendaklah diperbuat daripada getah. Ia mempunyai lima segi dengan ukuran 43.2 cm (17 inci) lebar, melintang permukaan yang menghadapi Picer. Bahagian tepinya adalah selari dengan garisan bahagian dalam Petak-Pemukul dan adalah 21.6 cm (8 ½ inci) panjang. Bahagian-bahagian yang meruncing ke arah Kecer adalah 30.5 cm (12 inci) panjang.

  1. Tapak Picer (Pitching Plate)


Hendaklah diperbuat daripada getah berukuran 61 cm (24 inci) panjang dan 15.2 cm (6 inci) lebar.

SISTEM PERTANDINGAN

 

  1. Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan atau cara kalah mati seperti berikut:


  1. Cara tiga kumpulan (A, B dan C) 

  1. Pusingan awal 

  1. Sekiranya 9 pasukan atau lebih mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B, dan C dan pertandingan akan dijalankan secara liga. 

  2. Johan, Naib johan dan Tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan (Seeded) dalam kumpulan berikut:

Johan             - Kumpulan A 

Naib johan      - Kumpulan B 

Tempat ketiga - Kumpulan C 

Pasukan-pasukan lain yang ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

              

  1. Dua kumpulan (A dan B) 


  1. Pusingan awal 

  1. Sekiranya 8 pasukan atau kurang mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B dan pertandingan hendaklah dijalankan secara liga.

  2. Johan dan Naib johan dalam pertandingan tahun lalu (Seeded) akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan         - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B 

Pasukan lain akan ditempatkan di dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi. 

  1. Sekiranya pasukan yang diutamakan (Pilihan) tidak mengambil bahagian, pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 




  1. Pusingan separuh akhir/ akhir 

  1. Johan kumpulan X akan melawan johan kumpulan Y untuk menentukan johan dan naib johan. 

  2. Naib johan kumpulan X akan melawan naib johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat ( tempat keempat adalah cara untuk tiga kumpulan) 

  3. Johan kumpulan A akan melawan naib johan kumpulan B untuk menentukan pasukan ke pertandingan akhir.

  4. Pasukan yang kalah dalam perlawanan separuh akhir akan menentukan tempat ketiga dan keempat.


  1. Semua perlawanan kecuali perlawanan akhir dijalankan selama 1 jam 20 minit atau 5 inning untuk kategori umur 15 tahun dan 18 tahun manakala 1 jam atau 5 inning untuk kategori 12 tahun atau mana-mana yang tamat dahulu. 


  1. Manakala perlawanan akhir adalah selama 2 jam atau 7 inning untuk kategori 15 tahun dan 18 tahun dan 1 jam 20 minit atau 7 inning untuk kategori 12 tahun atau mana-mana yang terdahulu. 


  1. “Tie-Breaker” akan dikuatkuasakan.


  1. Aturan pengundian dan perlawanan 

Giliran perlawanan adalah mengikut nombor perlawanan yang ditetapkan. 

Kumpulan 3 pasukan (P1, P2, dan P3)

Perlawanan      No Perlawanan 

  P2 VS P3                   1

  P1 VS P2                   2

  P1 VS P3                   3


Kumpulan 4 pasukan (P1, P2, P3 dan P4)

Perlawanan      No Perlawanan    

  P3 VS P4                   1

  P1 VS P2                   2

  P2 VS P4                   3

  P1 VS P3                   4

  P2 VS P3                   5

  P1 VS P4                   6 


Kumpulan 5 pasukan ( P1, P2, P3, P4 dan P5) 

Perlawanan      No Perlawanan 

  P4 VS P5                   1

  P2 VS P3                   2

  P1 VS P4                   3

  P3 VS P5                   4

  P2 VS P4                   5

  P1 VS P3                   6

  P2 VS P5                   7

  P1 VS P5                   8

  P3 VS P4                   9

  P1 VS P2                  10

PENYEDIAAN GELANGGANG

Saiz Gelanggang

Saiz gelanggang bagi pemain berbeza mengikut umur pemain. Namun begitu penentuan pemenang dan perjalanan permainan masih lagi yang sama. Saiz gelanggang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih kecil berbanding dengan saiz gelanggang bagi pemain bawah 18 tahun.

Gelanggang Permainan

  • Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond.

  • Terdapat empat sudut iaitu:

  • Base akhir (home plate)

  • Base pertama (first base)

  • Base kedua (second base)

  • Base ketiga (third base)

  • Bulatan lemparan dan pitcher’s plate terletak di tengah-tengah diamond. Pitcher’s plate adalah tempat untuk membuat lemparan.



KEMAHIRAN 1: MEMEGANG DAN MEMBALING BOLA

CARA-CARA MEMEGANG BOLA

  1. Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu (tengah), jari telunjuk dan ibu jari

  2. Jari manis dan jari kelingking digunakan sebagai penampan atau penyokong bola

  3. Seboleh-bolehnya, bola tidak menyentuh tapak tangan


CARA-CARA MEMBALING BOLA

Terdapat dua jenis balingan dalam sofbol iaitu:

  1. Balingan atas bahu (upper arm throw)

  2. Balingan bawah bahu (under arm throw)


BALINGAN ATAS BAHU

Cara-cara membuat balingan atas bahu:

  1. Melangkah ke arah sasaran

  2. Menolak badan keluar dengan menggunakan kaki belakang

  3. Pastikan badan kekal lurus sebelum dan semasa membaling bola

  4. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan

  5. Memusingkan pinggul ke hadapan

  6. Siku dibengkokkan kepada 90 darjah separas dengan bahu (elbow-shoulder height)

  7. Lengan diputar secara menegak

  8. Bola dipegang tinggi

  9. Sentakan (flick) pergelangan tangan semasa membaling


BALINGAN BAWAH BAHU

Cara-cara membuat balingan bawah bahu:

  1. Pindahkan berat badan ke sisi badan

  2. Menaikkan tangan yang memakai glove dan tangan membaling ke arah kaki sisi membaling

  3. Badan perlulah berada pada kedudukan yang rendah sebelum dan semasa membaling

  4. Ambil satu langkah kecil ke hadapan dengan menggunakan kaki berlawanan dengan tangan yang membaling

  5. Tolakkan bahu dan pinggul sisi membaling ke arah sasaran

  6. Lutut kaki depan dibengkokkan

  7. Lepaskan bola dengan ayunan tangan dengan sedikit sentakan (flick) pergelangan tangan



KEMAHIRAN 3: PITCHING

PENGENALAN KEMAHIRAN PITCHING

Pitching merupakan perlakuan melontar bola kepada pemukul. Pitching  dilakukan dari dalam bulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan catcher untuk mengelirukan pemukul. Pitcher dan Catcher merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan pasukan bergantung kepada prestasi dan kebolehan pitcher daripada mula hingga berakhirnya sesuatu perlawanan.  Oleh itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.

Oleh sebab demikian, pitcher mestilah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.


GAYA PITCHING

  • Gaya Ayunan (Slingshot)

  • Gaya Kipas Angin (Windmill)



Cara Melakukan Pitching

Gaya Ayunan (Slingshot)

  • Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin.  Perbezaannya hanyalah dalam bentuk ayunan tangan.  Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin.

  • Berdiri dengan kedudukan badan yang betul dan luruskan tangan yang memegang bola.

  • Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.

  • Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola.  Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.

Gaya Kincir Angin (Windmill)

  • Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.

  • Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.

  • Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.

  • Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.

  • Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut.  Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

















KEMAHIRAN 4: LARIAN BASE  


PENGENALAN KEMAHIRAN LARIAN BASE 

Larian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run. Terdapat tiga jenis larian base. 

  1. Larian paksaan: Pelari base terpaksa meninggalkan base kerana pelari yang seterusnya akan pergi ke base tersebut. Sebagai contoh, pelari di base pertama terpaksa berlari ke base kedua disebabkan pemukul akan berlari ke base pertama.  

  1. Larian tanpa paksaan: Pelari base tidak dipaksa untuk meninggalkan base. Sebagai contoh, pelari di base kedua tidak dipaksa bergerak ke base ketiga sekiranya tiada pelari base pertama yang akan menuju ke base kedua. 


  1. Larian melebihi satu base: Pelari base oleh melakukan larian lebih daripada satu base sekiranya pelari gagal mematikan. Pemukul yang memukul bola jauh boleh berlari melalui semua base sehingga ke home plate untuk memperoleh home run.

Lakuan Larian Base 

  1. Setelah melakukan pukulan, pemukul perlulah berlari dengan pantas ke base pertama, kedua, ketiga dan home plate mengikut turutan dengan memijak setiap base yang dilaluinya, selagi pelari tidak dipaksa berhenti di salah satu base, home plate, dimatikan atau disentuh (tagging).

  2. Pelari boleh berlari melebihi base pertama setelah memijaknya tetapi perlu berlari ke hadapan atau belok ke kanan. Jika pelari ingin berlari ke arah base kedua, pelari boleh melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke base kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang. 

  3. Pelari di base pertama, kedua dan ketiga boleh bergerak ke base seterusnya selepas balingan dilakukan (pitch) iaitu sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan pembaling (pitcher) dengan kemungkinan disentuh mati (tag). 

  4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. 

  5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke base asalnya jika pelari tidak sempat untuk sampai ke base seterusnya. 

  6. Pelari boleh menggelungsur (sliding) untuk sampai ke base seterusnya dan home plate atau kembali ke base semula. 

  7. Pelari yang sampai ke home plate diberi satu home run untuk pasukannya. Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat setelah tiga pemain berjaya dimatikan. 

  8. Satu ‘inning’ dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. 

  9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas 7 ‘inning’ atau 1 jam 20 minit mengikut ketetapan penganjur sendiri.  











KEMAHIRAN 5: MEMADANG

Pengenalan Kemahiran Memadang

Pasukan yang bertahan dikenali sebagai pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang perlu mematikan 3 orang penyerang iaitu pemukul untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul. Maka, amat penting untuk setiap pemadang mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan tepat. 


 





Tugas Pemadang

  1. Pitcher

  • Pitching bola dengan baik

  • Membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh


  1. Catcher 

  • Memberi panduan dan sokongan kepada pitcher

  • Menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher


  1. First base 

  • Menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1

  • Mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan


  1. Second base 

  • Bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2

  • Bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar


  1. Third base 

  • Bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3

  • Membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata


  1. Short stop 

  • Mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes

  • Membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3

  • Membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari


  1. Left field, Center field, Right field 

  • Sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh

  • Sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul

  • Bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul

  • Membantu pemadang bes untuk mematikan pelari


Kawalan Zon

Antara posisi semasa memadang ialah 

  1. Posisi dalam (deep position)

  2. Posisi tertutup (close position)

  3. Posisi pertengahan (medium position)


  1. Posisi Dalam

  • Kedudukan pemadang adalah hampir memenuhi semua kawasan permainan terutamanya di bahagian hujung kawasan

  • Posisi ini digunakan apabila pemadang tahu pemukul mampu memukul bola dengan kuat dan jauh 


  1. Posisi Tertutup

  • Strategi ini digunakan apabila pemadang menjangkakan pukulan pemukul tidak terlalu kuat atau jauh

  • Strategi ini digunakan oleh pemukul yang menggunakan teknik pukulan menampan bagi memastikan pelari tapak 3 berjaya ke tapak terakhir

  • Posisi ini juga adalah salah satu teknik mengganggu konsentrasi pemukul terutama yang kurang berpengalaman









  1. Posisi Pertengahan

  • Pemadang berada di tengah iaitu antara hujung padang dan tempat pemukul

  • Posisi ini digunakan apabila pemadang tidak dapat menjangkakan kekuatan pukulan oleh pemukul























No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang ...