ACARA LARI BERGANTI- GANTI
Acara ini memerlukan sekumpulan yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut
jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Ianya dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu:-
100 meter
200 meter
400 meter
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
Dalam acara 4 x 100 meter setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang lagi pelari simpanan.Kedudukan pelari bagi sesebuah pasukan ditentukan oleh jurulatih sebelum perlumbaan dijadikan. Sebarang penukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan demulakan.
Komposisi pasukan dan giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti mestilah dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan pertandingan.Semua pelari dalam sesebuah pasukan akan berlari dalam lorong yang sama yang telah ditetapkan menerusi undian sebelum perlumbaan dijalankan. Semua pelari dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti hendaklah berlari mengikut lorongnya sehingga ke akhir lariannya.
Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh menghalangi atau mengganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan.
Setiap pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing-masing. Nombor peserta hendaklah dipakai di depan (dada) dan di belakang.Pelari pertama hanya akan memulakan larian setelah isyarat diberikan pegawai pelepas. Arahan sebelum lumba lari adalah : “ ke garisan” “sedia” dan diikuti oleh bunyi pistol. Baton mestilah tiub kosong dan licin dan bulat, dibuat dari kayu,logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih dari 30sm. (1 kaki) dan tidak kurang dari 28sm. (11 inci). Lingkaran (kelilingnya) antara 120-130 millimeter (4.75 inci) dan beratnya tidak kurang dari 50 gram.
Penukaran baton hendaklah dilakukan dalam petak penukaran(zon mengambil alih)20m. Garisan selebar 50mm akan dibuat melintasi balapan 10 meter sebelum dan selepas garis permulaan untuk menandakan zon penukaran baton. Penukaran yang dibuat di luar kawasan akan menyebabkan acara larian dibatalkan.
NOTA: Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima dan ia berakhir apabila baton berada di dalam pelari tersebut.
Peserta-peserta setelah memberi baton hendaklah berada dalam lorong masing- masing sehingga peserta-peserta lain telah lalu, supaya mengelakkan gangguan kepada lain-lain peserta. Jika seseorang menjatuhkan baton, pelari yang menjatuhkan baton itu hendaklah mengambilnya semula dan menghantar kepada peserta seterusnya.
Semasa mengambil baton dari balapan, pelari itu tidak seharusnya mengganggu pelari lain. Pelari pertama dalam acara ini hendaklah bermula dengan menggunakan blok mulaan bersama dengan membawa baton.
TEKNIK MENGHANTAR BATON
TEKNIK HANTAR BATON (GAYA SELANG SELI)
Gaya selang-seli ialah pertukaran baton di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan.
Rajah di atas menunjukkan gaya selang seli yang dimulakan dengan tangan kanan oleh pelari pertama
Rajah di atas menunjukkan gaya selang seli yang dimulakan dengan tangan kiri oleh pelari pertama.
HANTARAN ATAS
1/ Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka
2/ Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya
HANTARAN BAWAH
1/ Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk
2/ penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar
3/ Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
TEKNIK MENERIMA BATON
MENERIMA DARIPADA ATAS
1/ Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton mula melepasi garisan zon penukaran baton sepanjang 20 meter.
2/ Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran melaungkan ‘Up’ apabila hampir dengan penerima baton.
3/ Sambil berlari dan melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka ke atas dalam bentuk ‘V’ yang dibentuk dengan ibu jari dan jari telunjuk.
4/ Pastikan tangan sentiasa berada dalam keadaan lurus.
5/ Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima
6/ Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. Tetapi pelari yang membawa baton tidak boleh melepaskan baton serta merta.
7/ Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya sambil mengawal kelajuan sendiri
8/ Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
- MENERIMA DARIPADA BAWAH
1/ Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton mula melepasi garisan zon penukaran baton sepanjang 20 meter.
2/ Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran melaungkan ‘Up’ apabila hampir dengan penerima baton.
3/ Sambil berlari dan melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentuk dengan ibu jari dan jari telunjuk.
4/ Pastikan tangan sentiasa berada dalam keadaan lurus.
5/ Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima
6/ Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. Tetapi pelari yang membawa baton tidak boleh melepaskan baton serta merta.
7/ Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya sambil mengawal kelajuan sendiri
8/ Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk
KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM ACARA LARI BERGANTI-GANTI
1/ Menukar baton bukan pada zon pertukaran baton
2/ Penerima berlari terlalu awal menyebabkan berlakunya kesukaran dalam menghantar baton
3/ Peserta yang memberi baton tidak kekal dalam lorong masing-masing sehingga tamat acara
4/ Membaling dan melambung baton setelah tamat larian
5/ Genggaman baton tidak kuat menyebabkan baton mudah jatuh
No comments:
Post a Comment