Lompat jauh
SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN DI MALAYSIA
Lompat jauh bemula seawal 13 abad yang lalu. Olahraga wujud sejak tahun 708 masihi ketika Olimpik Kuno di Yunani. Olimpik Kuno bermaksud sebagai bentuk latihan militer perang. Kewujudan acara lompat jauh ini adalah untuk melatih ketangkasan para tentera perang.
Lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlet dari Sparta. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan sejak itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter.
Lakaran Pelan Lompat Jauh beserta anatominya
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
Setiap acara olahraga mempunyai peraturan dan undang-undang masing-masing. Peraturan dan undang-undang telah disediakan dan disesuaikan mengikut keperluan jantina peserta, peralatan dan jenis acara itu. Bagi acara lompat jauh, antara undang-undang yang disediakan mengikut kelulusan IAAF adalah seperti berikut:
Giliran peserta untuk membuat lompatan haruslah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
Lompatan peserta akan dikira dengan mengambil lompatan yang terbaik iaitu lompatan paling jauh jarak.
Jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap peserta akan diberikan tiga percubaan melompat. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan. Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika masih sama, rujuk lompatan ketiga terbaik.
Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut:
Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan denganmana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat. Penanda plastisin akan diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak untuk membantu pegawai menentukan kesilapan ini.
Kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak ketika membuat lompatan.
Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.
Penggunaan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Penggunaan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.
Peserta dibenarkan membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak.
Peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat percobaan atau latihan ketika pertandingan berlangsung.
Ukuran jarak lompatan haruslah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh.
Permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak bagi memastikan setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat.
Larian haruslah dilakukan oleh peserta di dalam lorong larian yang disediakan.
Lompatan harus dilakukan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.
CARA PERMAINAN
Lompat jauh adalah satu bentuk pergerakan melompat dengan mengangkat kedua belah kaki ke hadapan atau dalam usaha membawa titik berat sejauh mungkin di udara yang dilakukan dengan cepat melalui tolakan sebelah kaki untuk mencapai jarak yang paling jauh. Lompat jauh dilakukan dengan tujuan untuk mencapai jarak maksimum lompatan menggunakan sokongan sebelah kaki untuk mencapai jarak lompatan sejauh mungkin, mesti mempunyai kekuatan, kelajuan, dan penguasaan teknik lompatan yang baik.
Terdapat tiga gaya lompat jauh yang sering digunakan dalam pertandingan iaitu lompatan gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh. Untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam lompat jauh, selain lompatan, seseorang itu mestilah mempunyai kekuatan, kelajuan, ketepatan, kelenturan, dan koordinasi pergerakan, seseorang itu juga perlu memahami dan menguasai teknik pergerakan lompat jauh. Teknik lompat jauh yang mesti dikuasai mempunyai beberapa peringkat iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa mendarat.
VIDEO ATLET YANG TERLIBAT DALAM SUKAN LOMPAT JAUH
https://youtu.be/qGm3TrdYyCc - Video Atlet (Latif Romly) bagi Sukan Sea 2017.
https://youtu.be/fXIbLmlUdOQ - Video Atlet Lelaki luar negara bagi Rio 2016.
https://youtu.be/Pxq5Hxn2ki8 - Video Atlet Wanita luar negara.
Kemahiran- kemahiran yang terlibat :
1. Fasa Lari landas
Berlari pada kelajuan yang maksimum tetapi dalam masih dalam kawalan. Larian dilakukan dalam 23 hingga 25 langkah atau anggaran 30 hingga 35 meter. Namun, ianya juga bergantung kepada individu.
Kawal ketetapan langkah bermula dari langkah keempat yang telah ditandakan.
Apabila hampir sampai ke papan lonjak, pelari bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir, atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk mendapatkan lonjakan yang berkesan daripada kaki yang difleksikan.
2. Fasa Lonjakan
Kaki lonjakkan di lonjakkan dengan semaksimum mungkin untuk mendapatkan daya yang tinggi untuk melompat.
Ayunkan kaki hadapan secepat mungkin ke atas untuk menambahkan kelajuan menegak.
3. Fasa Layangan
Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan seperti tergantung.
Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat
4. Fasa Mendarat
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.
No comments:
Post a Comment