Friday, June 3, 2022

Lari Pecut

SEJARAH LARI PECUT

        Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut adalah larian jarak dekat (100m, 200, dan 400m) yang memerlukan tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi semakin popular. Acara “stade” adalah acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. 
        Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan “HUSPLEX” digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan serta penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan sehingga menjadi masalah mengenai cara yang sepatutnya digunakan.
            Pada tahun 1880-an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia, gaya ini dikenali sebagai “kangaroo start”. Sebelum tahun 1921, kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki pertama telah dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibuat dengan jarak lurus tanpa selekoh.

CARA PERMAINAN 
            Acara olahraga jarak dekat 100m, 200m dan 400m yang memerlukan atlet tenaga tinggi iaitu tenaga anaerobik untuk menghasilkan kelajuan larian sepantas mungkin. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi larian atlet iaitu panjang dan kekerapan langkah. Panjang langkah dimana ditentukan oleh beberapa faktor seperti panjang kaki pelari, fleksibel pinggul, kekuatan dan keanjalan otot serta julat pergerakan.
        Sejak sukan Olimpik 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya Terdapat 3 gaya dalam mengaplikasikan teknik Dekam yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya peluru, sederhana dan panjang. Juara Olimpik 100 m sering kali digelar sebagai “manusia terpantas di dunia”.
            Semua peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan secara serentak. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah bergantung sama ada 100m, 200m dan 400m yang bermula daripada hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita.  Permulaan akan dilakukan dengan cara tembakan pistol.

FASA PERMULAAN DENGAN MENGGUNAKAN BLOK PERMULAAN

GAYA PELURU

GAYA SEDERHANA

GAYA PANJANG



Kaki resesif (blok hadapan) diletakkan 2 tapak dari garisan permulaan manakala kaki dominan (blok belakang)setapak dari blok hadapan.

Kaki resesif (blok hadapan) diletakkan 2 tapak dari garisan permulaan manakala kaki dominan (blok belakang)2 tapak dari blok hadapan.

Kaki resesif (blok hadapan) diletakkan 2 tapak dari garisan permulaan manakala kaki dominan (blok belakang)3 tapak dari blok hadapan.



FASA

KETERANGAN

“KE GARISAN”

  • Kedua- dua kaki menyentuh permukaan trek 

  • Lutut kaki belakang menyentuh permukaan trek.

  • Kedua – dua tangan dibuka melebihi keluasan bahu dan jari dikembangkan berbentuk gerbang.

  • Kedudukan kepala adalah separa dengan bahagian belakang badan dan mata memandang ke bawah.

“BERSEDIA”

  • Kedua – dua tumit ditekan ke belakang.

  • Lutut kaki hadapan difleksikan pada kedudukan 90 darjah manakala lutut kaki belakang berada pada kedudukan 120 ke 140 darjah.

  • Kedudukan pinggul berada lebih tinggi dari kedudukan bahu manakala hadapan badan dihala ke hadapan.

  • Kedudukan bahu menghala ke hadapan dan berada lebih tinggi daripada kedudukan tangan.

“LONJAKAN”

  • Dada menegak dan terangkat semasa kedua – dua kaki dipijak dengan kuat pada blok.

  • Kedua – dua tangan diangkat dari permukaan sambil dibangunkan secara bersilang.

  • Anjakan kaki belakang adalah kuat dan pendek manakala kaki hadapan kurang kuat tetapi lebih panjang.

  • Kaki belakang dihayun ke hadapan sambil badan condong ke hadapan.

  • Lutut dan pinggul diluruskan sepenuhnya pada akhir pecutan.

“PEMECUTAN”

  • Kaki hadapan dengan cepat diletakkan di atas bebola kaki untuk membuat langkah pertama.

  • Badan masih condong ke hadapan.

  • Kaki belakang adalah selari dengan permukaan trek semasa pemulihan.

  • Jarak langkah meningkat pada setiap langkah.

  • Postur dada ditegakkan selepas 20 – 30 larian 


Setiap langkah yang dilakukan oleh atlet mengandungi fasa sokongan dan layangan.

-Pada fasa sokongan, kelajuan atlet berkurangan (sokongan hadapan) sebelum menambah kelajuan hayunan.

-Pada fasa layangan, kaki bebas dihayun kehadapan badan atlet dan diluruskan untuk pendaratan manakala kaki sokongan difleksikan dan dihayun ke badan.

Permulaan Larian (Cara dan teknik)

Teknik Dekam terbahagi kepada 4 fasa iaitu ke garisan, sedia, mula dan pecutan.



ANATOMI ALATAN YANG DIGUNAKAN 


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

  1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.

  2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.

  3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.

  4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.

  5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.

  6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.

  7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.

  8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

PERBEZAAN SUKAN LARIAN PECUT ZAMAN DAHULU DAN KINI


ZAMAN DAHULU

ZAMAN SEKARANG

Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. 

Pada zaman kini, larian juga bermula dengan blok permulaan. Blok permulaan ialah alat yang digunakan dalam sukan trek dan padang oleh atlet pecut untuk menahan kaki mereka pada permulaan perlumbaan supaya mereka tidak tergelincir semasa mereka melangkah ke hadapan apabila bunyi pistol pemula. Blok juga membolehkan pelari pecut menggunakan postur permulaan yang lebih cekap dan secara isometrik pramuat otot mereka dengan cara yang dipertingkatkan. Ini membolehkan mereka bermula dengan lebih berkuasa dan meningkatkan keupayaan kelajuan pecut keseluruhan mereka. 

Tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa  yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat  untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. 

Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal, peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga. Terdapat 3 gaya larian pecut iaitu gaya peluru, gaya pendek dan gaya panjang.


CARA KIRAAN MATA LARI PECUT

Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang singkat dan mencecah pita penamat untuk dinobatkan sebagai pemenang. Apabila sampai di garisan penamat, pelari biasanya akan mendepakan tangan ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan.  Pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira sebagai pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat ditentukan oleh pencatat masa disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang hampir sama. Apabila berlaku perkara tersebut, maka pemenang akan diadili dengan menggunakan kaedah “photo finish”. Kini, penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. Hal ini amat perlu dititikberatkan, khususnya untuk acara-acara pecut seperti acara 100 meter.




VIDEO ATLET YANG TERLIBAT DALAM SUKAN LARI PECUT  

Acara Larian Pecut 100M (Usain Bolt) Rio 2019  :https://www.youtube.com/watch?v=_Z9507uW0Ds

Teknik Penggunaan Blok Permulaan: https://www.youtube.com/watch?v=_I7tnTa8S2Q

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang ...