Monday, June 6, 2022

Lontar Peluru

 SEJARAH LONTAR PELURU

Mengikut sejarah perkembangan lontar peluru, aktiviti melontar batu yang telah dijadikan pertandingan bermuka abad ke -19 yang merupakan asal acara lontar peluru diperkembangkan. Orang Scotland dan Ireland dianggap golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara ini. Akan tetapi, apabila dibawa ke Amerika Syarikat, lontar peluru mendapat sambutan yang amat baik dan Amerika Syarikat menganggap kegiatan ini menarik dijadikan acara sukan yang dipertandingkan.


Bagi menjadikan lontar batu acara sukan, diperkenalkan beberapa aturan dan salah satu aturan itu ialah berkaitan dengan kawasan untuk membuat lontaran. Kawasan itu berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki × 7 kaki. Dengan demikian, lontar peluru dapat diperkenalkan ke negara-negara lain termasuk ke Greek, sebagai usaha memasukkan acara ini ke dalam Sukan Olimpik moden pertama pada tahun 1896. Cadangan ini telah diterima dan ternyata lontar peluru merupakan salah satu acara dalam Sukan Olimpik tersebut. Kawasan lontaran berbentuk segi empat telah digunakan untuk Sukan Olimpik 1900 dan 1904. Akan tetapi, bentuk kawasan ini dapat dikurangkan kerana kurang sesuai pada tahun 1909 bentuk kawasan ditukar kepada bentuk bulat yang berdiameter 7 kaki dengan bahagian hadapan, iaitu tempat melakukan lontaran diletakkani papan yang seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaran.


Teknik lontaran ketika itu adalah pelbagai. Peserta bebas membuat lontaran mengikut keupayaan dan kesesuaian masing-masing. Pada tahun 1950-an, seorang pelontar bernama Parry O’Brien dari Amerika Syarikat telah mencipta teknik lontar baharu dan kemudiannya dijadikan teknik lontaran sehingga kini.

 

CARA PERMAINAN 

Acara lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan acara balingan yang lain. Di mana ia melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang mungkin di dalam sektor lontaran yang dibenarkan.  Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai yang salah sangka bahawa acara individu ini didominasi oleh golongan yang mempunyai tubuh badan yang besar.  Sebaliknya, acara lontar peluru memerlukan individu yang mempunyai struktur fizikal yang tegap dan kecekapan mengimbangi badan dengan baik untuk menghasilkan jarak lontaran yang maksimum.  Sebenarnya, teknik melontar adalah sesuatu kemahiran yang kompleks yang mesti dipelajari secara konsisten sehingga dapat dikuasai sepenuhnya.  Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh kedudukan badan, momentum lontaran, sudut ketika membuat lontaran, ketinggian peluru ketika melontar dan rintangan angin.


Teknik Memegang peluru:


Peluru diletakkan diatas jari telunjuk, jari tengah, dan jari manis, sedang ibu jari dan jari kelingking menahan peluru.

Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang diletakkan di bahagian jari. Ibu jari berperanan sebagai menyokong dan mengawal gerakan peluru.



Teknik Melontar Gaya Parry O’ Brien

Teknik lontar peluru gaya O’ Brien terdiri daripada 4 fasa iaitu:

Fasa Persediaan

  • Berdiri di belakang bulatan dengan membelakangkan sektor lontaran.

  • Badan dicondongkan, kaki kiri diangkat ke belakang dengan lutut difleksikan

  • Badan diimbangkan dengan tangan kiri

Fasa Gelongsoran

  • Kaki kiri menendang ke belakang sambil kaki kanan dibawa ke tengah bulatan.

  • Kaki kiri diletakkan di belakang blok penahan.

  • Pusat graviti badan direndahkan.

Fasa Lontaran

  • Kaki digerakkan ke arah lontaran sambil pinggang dikilaskan.

  • Badan diangkat ke atas dan dada dihalakan ke hadapan.

  • Peluru dari bahagian atas bahu.

Fasa Ikut Lajak

  • Kaki kanan ditukarkan dengan pantas ke hadapan dan kaki kiri digerakkan ke belakang

  • Lutut kaki hadapan difleksikan. Berat badan diubah dari kaki kiri ke kaki kanan.




ANATOMI ALATAN YANG DIGUNAKAN 



UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

  1. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

  2. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.

  3. Peserta yang melakukan lontaran yang ditetapkan dikira mendapat mata untuk opsyen masing-masing.

                             

Kategori Lelaki:

Jarak

≤4m

4.1 m  6.9 m

  7 m≥

Mata

  1

              3

    5

 

Kategori Perempuan:       

Jarak

≤3m

3.1 m  5.9 m

  6 m≥

Mata

  1

  3

    5

 

 

  1. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

  2.  Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.

  3. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

  4. Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.

 

PERBEZAAN SUKAN LONTAR PELURU ZAMAN DAHULU DAN KINI



ZAMAN DAHULU

ZAMAN SEKARANG

Pada zaman dulu, orang Scotland dan Ireland mencipta permainan ini dengan hanya melontar batu.

Kini, ia perlu dimainkan dengan melontar peluru yang terdiri dari pelbagai saiz dan berat.

Acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga dan menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru, peraturan dan pertandingan bagi sukan ini.

Terdapat 3 jenis teknik dan gaya lontaran yang perlu diaplikasikan oleh atlet lontar peluru iaitu gaya Perry O’ Brien, gaya melungsur selangkah dan gaya berdiri.

Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. 

Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.



CARA KIRAAN MATA


PITA PENGUKUR

Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menentukan jarak yang dilakukan. Bagi menentukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.


CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

          Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran. Peserta yang membuat lontaran paling jauh akan dikira sebagai pemenang.




VIDEO ATLET YANG TERLIBAT DALAM SUKAN LONTAR PELURU


Acara Lontar Peluru (Ziyad Zolkefli) Tokyo 2020: https://www.youtube.com/watch?v=EwC-o-aFUjc


Teknik dan Gaya Lontar Peluru di World Champ Doha 2019: https://www.youtube.com/watch?v=Tv8y4tK-zrw





















No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang ...