Monday, June 6, 2022

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Badminton

 

Sejarah perkembangan badminton 

  1. Permainan badminton mula dimainkan di Yunani islam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan badminton ialah Hanetsukite yang telah dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula, badminton muncul daripada sukan yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih pemain memukul bola tangkis di udara menggunakan raket kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa abad ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera British telah mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali ke England, di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Pada 1860 juga, seorang penjual anak patung London yang bernama Isaac Spratt telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - A New Game", tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.


  1. Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House, Gloucestershire yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton. Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India sehingga tahun 1887. Bath Badminton Club telah membawakan peraturan mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan hampir sama dengan peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove,Portsmouth,England pada 13 September 1893. Pada 1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia.


  1. Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) , yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China pula sering menjadi pendominasi pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.


Perkembangan badminton di Malaysia 


Tahun-an

Penerangan

1900

  • Permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh pegawai-pegawai kompeni Hindia Timur.

  • Permainan ini dimainkan di Suffolk House iaitu rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. 

1925

  • Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan

  • Kemudian, Persatuan Badminton Perak pula ditubuhkan.

1934

  • Akibat minat yang ditunjukkan oleh para pemain-pemain di negeri-negeri Malaya, Persatuan Badminton Malaysia ditubuhkan dengan J.I.Woods dari Perak sebagai  Presiden yang pertama.

1937

  • Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bergabung dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa.

  • Imej Malaysia dalam permainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England.

1960

  • BAM ditubuhkan semasa Tan Sri Mohd Khir Johari sebagai Menteri Kabinet sebagai presiden yang pertama.

1967

  • Malaysia memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25 tahun iaitu dari tahun 1960-85.

1985 - 1993

  • Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua


Undang-undang asas permainan

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

1. Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

2. Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun

3. Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

4. Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

5. Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

6. Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.

 

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

i. Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan.

Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

 

ii. Memulakan Permainan

a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.

b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.

c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

 

iii. Sistem Pengiraan Mata

a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’).

b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.

c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30

dikira sebagai pemenang.

d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

 

iv. Masa Rehat

a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan.

b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.

 

v. Servis

a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.

c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.

d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.

e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

 

vi. Servis Batal

a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.

b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.

c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.

d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut

e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis.

 

vii. Servis Semula ( Let )

Diberikan sekiranya:-

a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.

b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak

c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.

d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut

e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan

f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

 

viii. Larangan Untuk Pemain

a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan

b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.

c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.

d. Tidak berkelakuan kasar.

e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

 

ix. Berlaku Batal Sekiranya

a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian

b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan

c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.

 

x. Perlawanan Perseorangan

a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.

b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.

c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.

xi. Perlawanan Beregu

a. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.

b. Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

c. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.

d. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang

pandangan pembuat servis dan penerima servis.

​e. Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.


Peralatan dan Pakaian











  1. Pakaian dan Kasut

  • Kasut badminton yang dipakai haruslah baik dan selesa dipakai agar pergerakan pemain dalam keadaan terkawal.

  • Aksesori Utama: Baju, Seluar Sukan dan Kasut.

  • Aksesori Tambahan: Pengikat tangan, Pengikat Kepala dan Pelapik Lutut.

  1. Raket

  • Mempunyai jaring yang dibuat daripada senar (string), berupa plastik sintesis.

  • Semakin mahal harganya semakin tahan dan kuat raket itu.

  1. Bulu Tangkis

  • Dibuat daripada bulu angsa dan plastik.

  • Berat: Sekitar 5.67gram

  • Bulu Tangkis (Bulu Angsa): Untuk Kejuaraan Rasmi.

  • Bulu Tangkis (Plastik): Latihan sahaja.

  1. Net Jaring

  • Tinggi: 155cm

  • Merupakan pembahagi jaring yang merentangi antara dua bidang permainan yang diikatkan pada tiang. Tiang tersebutlah harus kukuh sehingga net yang dibentangkan tidak akan kendur apabila ditarik dan tegang agar lurus.

  1. Gelanggang 

  • Luas: Kira-kira 12x20 meter

  • Ukuran Lapangan: 610x1340cm (dibahagikan dalam kawasan tertentu)

  • Tempat yang bertutupkan dengan atap dan tiada gangguan angin.



Penyediaan gelanggang



Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi. Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.


Kemahiran 1

-Asas memegang raket

Sebelum bermain badminton, seseorang pemain itu perlu mengetahui cara memegang raket dengan betul. Rasionalnya,permainan seseorang pemain itu bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti kecederaan pada pergelangan tangan.

- Terdapat 4 pegangan asas iaitu :

1. Forehand Grip

2. Backhand Grip

3. Combination Grip 

4. American Grip


1. Forehand Grip

 

Langkah -langkah

1. Pegang raket pada bahagian tengah pemegangnya dengan bahagian kepala menyamping.

2. Pegang raket dengan cara seperti “ jabat tangan”.

3. Tiga jari, iaitu jari tengah, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.

4. Jangan pegang   terlalu   erat   pada   bahagian   pemegangnya

5. Letakkan ibu jari di antara tiga jari dan telunjuk.

6. Bentuk pegangan yang dihasilkan antara jari telunjuk dan ibu jari menyerupai huruf ‘V’.

 

2. Backhand Grip

 

 


Langkah -langkah

1. Kekuatan tangan dipusatkan pada ibu jari, yang hujungnya menekan pada permukaan lebih lebar di gagang raket.

2. Keempat jari lain (telunjuk, tengah, manis, dan kelingking) terletak pada posisi sejajar, sementara gagang raket tidak menyentuh telapak tangan.

3. Posisi ibu jari tidak seperti pada forehand grip, melainkan agak dekat dengan daun raket.


3.Combination Grip 

1.Gabungan antara teknik memegang raket forehand grip dan backhand grip.

2.Raket dipegang dalam posisi mengiring.

3.Jari telunjuk diletakkan di bahagian depan menghadap ke hujung raket.

4.Posisi ibu jari diletakkan di tangkai raket di sisi belakang jari-jari yang lain.

5.Penggunaannya bergantung kepada arah datangnya shuttlecock.

6.Ketika bola datang di posisi sebelah tangan yang memakai raket, pebulu tangkis akan menggunakan teknik forehand grip.

7.Sementara ketika bola datang di depan dada atau sebelah tangan yang tidak memakai raket, pebulu tangkis akan menggunakan teknik backhand grip.

 

4. American Grip

 

1. Tangan memegang raket di bahagian hujung tangkai (handle).

2. . Letakkan ibu jari dan jari telunjuk pada bahagian pegangan raket yang luas.

3. Posisi ibu jari selari dan diletakkan di atas jari telunjuk.

4.  Pegang dan angkat raket hingga bidang raket sejajar dengan tubuh sampai hujung raket bulu tangkis menonjol keluar di bawah telapak tangan.

5. Seimbangkan kaki saat melakukan pukulan.






- Asas memegang bulu tangkis (Fifa)

Dalam sukan Badminton, Bulu tangkis dipegang mengikut keselesaan dan kesesuain untuk melakukan servis. Kebiasaannya, terdapat dua cara memegang bulu tangkis. 

1. Memegang dihujung bulu tangkis dengan tangan kiri dalam kedudukan ke bawah

 

2. Memegang bulu tangkis pada bahagian thread dengan tangan kiri

- Asas posisi badan 












1.    Memastikan berat badan individu condong ke hadapan sedikit.

2.    Berada di atas bebola atau di hujung kedua-dua kaki secara seimbang.

3.    Bengkok sedikit di bahagian lutut.

4.    Memastikan kedudukan kaki yang bergerak dengan sedikit dan ringan.

5.    Jarak kaki selebar bahu.

6.    Raket dihadapan badan dan raket kepala atas.

7.    Siku dalam keadaan rileks dan jauh dari badan.

8.    Memerhatikan pihak lawan dan bulu tangkis.

- Latihan permainan latih tubi 

Ansur Maju 1

  • Membenarkan murid/pemain memegang raket terlebih dahulu mengikut yang cara yang betul dan meminta mereka memukul angin menggunakan raket tersebut.


Ansur Maju 2

  • Mengagihkan bulu tangkis kepada murid/pemain untuk menyesuaikan cara pegangan yang betul


Ansur Maju 3 

  • Minta murid/pemain lakukan timbangan bulu tangkis sebanyak mungkin secara individu menggunakan tangan masing-masing.

  • Setelah murid/pemain berjaya melakukannya, tambahkan ansur maju tersebut dengan menggunakan alatan iaitu raket. 

  • Pada situasi ini, minta murid lakukan timbangan bulu tangkis sebanyak mungkin secara individu menggunakan raket masing-masing.



Kemahiran 2

Asas Servis

  • Pukulan servis terdapat beberapa syarat, iaitu:

    • Pemain yang membuat servis dan pemain yang menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan pada petak gelanggang. 

    • Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang.

    • Servis dilakukan apabila pemain sudah bersedia. 

    • Oleh itu, pukulan servis perlu dilakukan dengan teknik yang tepat. Hal ini kerana servis yang baik akan menyukarkan pihak lawan untuk menerima servis tersebut. 

  • Terdapat 3 jenis pukulan servis iaitu:

    • Servis Rendah

    • Servis Tinggi

    • Servis Flik

Servis tinggi hadapan

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.




Langkah-langkah


  • Berdiri dalam petak servis

  • Pegang raket dengan teknik pegang depan

  • Berat badan di kaki belakang

  • Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang

  • Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis

  • Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket

  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan


- Servis rendah forehand

Servis rendah forehand

Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

 

Langkah-langkah

 

1. Berdiri di dalam petak servis

2. Pegang raket dengan teknik pegang depan

3. Pegang bulu tangkis separas pinggang

4. Hayun raket ke belakang sambil siku fleksi.

5. Mata ke arah bulu tangkis

6. Kunci pergelangan tangan.

7. Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang

8. Kontak bulu tangkis pada tengah raket.


- Servis rendah backhand (FIFA)

Kemahiran Servis Kilas / Backhand

 

Servis ini kebiasaanya digunakan semasa permainan beregu

Servis kilas atau backhand merupakan salah satu variasi dalam membuat servis. Arah bulu tangkis jatuh berdekatan dengan garisan serangan pihak lawan dan lebih kerap digunakan oleh pemain beregu. Berdasarkan tujuan tersebut, teknik servis ini mempunyai nama lain dalam badminton iaitu sebagai sejenis servis pendek. Arah bulu tangkis yang disasarkan menghampiri garisan hadapan kawasan penerimaan bertujuan untuk menyukarkan pihak lawan membuat serangan balas.

Langkah-langkah Servis Kilas / Backhand

1. Letakkan Kaki Dominan di Hadapan

            

2. Raket diletak pada paras pinggang dan kepala raket bawah daripada pemegang serta kedudukan bulu tangkis ke arah hadapan atau menghadap kepala raket.    

3. Berat badan berada pada kaki dominan

4. Menolak raket dengan menggunakan pergelangan tangan

5. Teknik ini memerlukan ketepatan yang tinggi.


- Latihan permainan latih tubi 

  1. LATIHAN MENGAWAL PUKULAN

i. Digunakan untuk latihan pelbagai pukulan.

Ii. Juga digunakan untuk memanaskan badan dan fleksibiliti sendi-sendi terlibat sebelum memulakan permainan.

iii. Pelajar A dan pelajar B memukul bulu tangkis antara satu sama lain.

iv. Objektif bukan untuk mematikan bulu tangkis tetapi untuk menghidupkan bulu tangkis seberapa lama yang boleh.

v. Pilihan-pilihan pukulan yang ada pukulan hadapan dan pukulan kilas,pukulan tinggi ke belakang, drop yang tidak tajam, lob dan separuh smesy



  1. LATIHAN PUKULAN DROP 


i. Secara berpasangan

ii. ii. A memukul servis tinggi kepada B.

iii. B memukul balik tinggi ke belakang A, sebelah kanan.

iv. A melakukan drop sebelah kiri B.

v. B memukul tinggi ke belakang A, sebelah kiri.

vi. A memukul tinggi ke belakang B, sebelah kiri.

vii. B melakukan pukulan drop, dan seterusnya.

viii. 2 cara pikulan sahaja yang dilakukan, sama ada pukulan tinggi atau pukulan drop.

ix. Turutan pukulan diulangi A dan B melakukan pukulan secara selang-seli


  1. LATIHAN SMESY

i. Dalam pasangan - A sebagai pembekal (“feeder”) dan B sebagai pelaku.

ii. A berdiri di tengah gelanggang dengan satu bakul bulu tangkis (20-40 bulutangkis ) di tepinya.ii

iii. B menunggu di tengah gelanggang sendiri.

iv. A melakukan  (3/4) smesy, A membuat servis tinggi ke sebelah kiri B. B melakukan smesy terus ke hadapan, dan seterusnya.

vi. A melakukan servis secara bertubi-tubi dan B melakukan smesy bertubi-tubi kanan-kiri sehingga semua bulu tangkis digunakan.

vii. Semua bulu tangkis dikutip dan tukar peranan

Kemahiran 3

Definisi Net Play 

  • Permainan di jaring atau net play merupakan salah satu teknik permainan badminton yang memainkan peranan penting. 

  • Net Play memerlukan lebih kehalusan bermain berbanding tenaga dan kekuatan. Hal ini demikian kerana, hanya dengan sedikit pergerakan pergelangan tangan mampu menundukkan lawan.

  • Gerakan halus pergelangan tangan ini akan mengakibatkan perubahan pada sudut muka raket dan boleh mengelirukan pihak lawan tentang pergerakan bulu tangkis.

  • Bagi mendapatkan mata perlawanan, pemain sukan badminton akan menggunakan Net Play berbanding pukulan kuat seperti Smash.

  • Terdapat 3 jenis Net Play iaitu Net Shots, Net Kill dan Net Lift.

Permainan Atas Jaring 

  • Dilakukan berhampiran dengan jaring pada aras atas jaring sedikit.

  • Pihak lawan dipaksa untuk melakukan kesalahan.

  • Memberi peluang pemain untuk mengetuk bulu tangkis ke bawah.

Permainan Bawah Jaring

  • Bersifat defensive (Pertahanan).

  • Memberi peluang untuk kembali ke posisi.

  • Membuka peluang kepada pihak lawan membuat serangan.

Latihan permainan latih tubi

i. Dalam pasangan A dan B.

ii. A berdiri dalam petak membuat servis dengan satu bakul bulu tangkis di tepinya.

iii. B menunggu di belakang garisan pihak lawan.

iv. A melakukan servis, satu demi satu – mensasarkan servis ke petak sasaran 1.

v. B memberitahu A sama ada servisnya tepat ke sasaran atau tidak – terlalu jauh, terlalu pendek, jatuh pada sisi kanan / kiri supaya A boleh menyesuaikan servis tersebut.

vi. Setelah semua bulu tangkis dalam bakul dipukul, B mengutip semua bulu tangkis dan menutar peranan.

vii. Tukar sasaran servis ke petak 2.

viii. Boleh diadakan pertandingan membuat servis antara A dan B.



Kemahiran 4 

Asas Pukulan Drop 

Satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Pukulan junam garisan kedua belakang dan mendarat seberapa dekat dengan jaring di sebelah gelanggang pihak lawan. 



Kemahiran Asas

  1. Lengan dihayunkan ke hadapan, kemudian diperlahankan dan berhenti semasa sentuhan.

  2. Sama seperti pukulan lob tetapi raket dihayun laju sedikit dan semasa sentuhan permukaan di atas bulu tangkis dan kemudian ditarik ke bawah.

  3. Titik sentuhan seberapa tinggi yang boleh mengikut lajak. 


Langkah-langkah 

  1. Drop shot dilakukan dengan pegangan forehand dan posisi raket di samping bahu. 

  2. Pukulan dropshot yang baik dilakukan dengan posisi badan  menyamping dari arah net dan titik pukulnya tetap di atas. 

  3. Posisi badan selalu berada di belakang bola atau shuttlecock. 

  4. Pada saat bola datang, tangan harus lurus menjangkau bola dan dorong dengan sentuhan halus.

  5.  Bola dipukul dengan keadaan lurus dan dengan tenaga kecil. Arahkanlah bola ke garis servis pendek lawan. 

  6. Posisi akhir raket mengikuti arah bola.




  • Latihan permainan latih tubi 

Antara latihan yang boleh dilakukan ialah : Drop the Shuttlecock













Prosedur :

  1. F akan melakukan servis tinggi ke A, kemudian diikuti dengan servis tinggi ke B. Secara berturutan tanpa henti ke A dan B dengan kelajuan umpanan yang sama.

  2. S bergerak ke A lalu membuat pukulan drop secara menyilang ke T2 dan kembali ke posisi asal.

  3. S bergerak secara pantas dari posisi B dan membuat pukulan drop menyilang ke T1 dan kembali ke posisi asal.

  4. Latihan ini diulang dengan 20 biji bulu tangkis.

p/s : 20 bulu tangkis / 20 pukulan drop menyilang ke gelanggang. 



Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang ...